Definisi
Di dalam rangkaian internet patch panel adalah salah satu perkakasan
rangkaian yang di gunakan secara meluas untuk kabel jenis UTP dan juga single
node kabel fiber optic. Biasanya
peralatan ini di gunakan untuk membina sebuah bilik server dan kedudukan patch
panel adalah di dalam equipment rack.
1. DEFINISI PERKAKASAN
Perkakasan komputer ini menghubungkan peranti pasif yang membolehkan anda membina
komunikasi antara kumpulan komponen individu. Patch panel khas akan merangkumi
lokasi pelabuhan atau jack dimana kabel jenis berpintal boleh
dipasang ke peranti. Sebuah panel patch sering digunakan
untuk beberapa rangkaian komputer dengan menghubungkan mereka melalui patch
panel. Kegunaan patch panel ini adalah untuk meyambungkan serta mengemaskan
kedudukan kabel rangkaian yang ingin disambungkan ke hub atau switch.
1.1 Jenis-Jenis
Patch Panel
Patch panel terbahagi kepada beberapa jenis yang di kelaskan mengikut
jumlah port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu :-
1.1.1 12 port.
1.1.2 24 port.
1.1.3 48 port.
1.1.4 96 port.
1.2 Tujuan Pemasangan Patch Panel
Patch
panel ini diletakkan di dalam equipment rack. Tujuan pemasangan patch panel
adalah untuk menyusun atur kabel-kabel supaya dalam keadaan kemas dan teratur.
Ia perlu dilabelkan untuk menyenangkan kerja penyelanggaraan rangkaian.
1.
PENYAMBUNGAN KABEL UTP
Kabel UTP yang hendak disambungkan ke patch panel dengan menggunakan
modular jack terletak pada bahagian belakang perkakasan tersebut, manakala di
bahagian hadapan pula disambungkan menggunakan slot RJ 45. Gambarajah di bawah
adalah pemasangan kabel UTP ke patch panel.
Kod Warna Pada Patch Panel
Sebelum membuat pemasangan kabel tersebut, kita perlu mengetahui serta
menyusun kod warna bagi kabel UTP. Kod warna ini telah di standardkan di
seluruh dunia dan kod warna ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1.1.1 TIA/EIA 568A (Type A).
1.1.2 TIA/EIA 568B (Type B).
2.2 Peralatan Pemasangan Kabel UTP
Pada Patch Panel
Alat yang digunakan
untuk memasukan kabel core ini ialah punch down tools. Cara untuk
menggunakan punch down tools adalah, di mana kabel core
perlu dimasukkan ke dalam modular jack kemudian, tekan alat ini ke bawah blok
jack. Hal ini memerlukan sedikit tekanan sehingga, mengeluarkan bunyi “snap”.