Ahad, 13 Mei 2012

Pengenalan Perkakasan Rangkaian(Patch Panel)

10 Mei 2012

Definisi


Di dalam rangkaian internet patch panel adalah salah satu perkakasan rangkaian yang di gunakan secara meluas untuk kabel jenis UTP dan juga single node kabel fiber optic.  Biasanya peralatan ini di gunakan untuk membina sebuah bilik server dan kedudukan patch panel adalah di dalam equipment rack.



1.    DEFINISI PERKAKASAN



Perkakasan komputer ini menghubungkan peranti pasif yang membolehkan anda membina komunikasi antara kumpulan komponen individu. Patch panel khas akan merangkumi lokasi pelabuhan atau jack dimana kabel jenis berpintal boleh dipasang ke peranti. Sebuah panel patch sering digunakan untuk beberapa rangkaian komputer dengan menghubungkan mereka melalui patch panel. Kegunaan patch panel ini adalah untuk meyambungkan serta mengemaskan kedudukan kabel rangkaian yang ingin disambungkan ke hub atau switch.


1.1   Jenis-Jenis Patch Panel


Patch panel terbahagi kepada beberapa jenis yang di kelaskan mengikut jumlah port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu :-


1.1.1      12 port.

1.1.2      24 port.

1.1.3      48 port.

1.1.4      96 port.

1.2   Tujuan Pemasangan Patch Panel

             Patch panel ini diletakkan di dalam equipment rack. Tujuan pemasangan patch panel adalah untuk menyusun atur kabel-kabel supaya dalam keadaan kemas dan teratur. Ia perlu dilabelkan untuk menyenangkan kerja penyelanggaraan rangkaian.
1.    PENYAMBUNGAN KABEL UTP
Kabel UTP yang hendak disambungkan ke patch panel dengan menggunakan modular jack terletak pada bahagian belakang perkakasan tersebut, manakala di bahagian hadapan pula disambungkan menggunakan slot RJ 45. Gambarajah di bawah adalah pemasangan kabel UTP ke patch panel.

Kod Warna Pada Patch Panel

Sebelum membuat pemasangan kabel tersebut, kita perlu mengetahui serta menyusun kod warna bagi kabel UTP. Kod warna ini telah di standardkan di seluruh dunia dan kod warna ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1.1.1      TIA/EIA 568A (Type A).
1.1.2      TIA/EIA 568B (Type B).

2.2   Peralatan Pemasangan Kabel UTP Pada Patch Panel
Alat yang digunakan untuk memasukan kabel core ini ialah punch down tools. Cara untuk menggunakan punch down tools adalah, di mana kabel core perlu dimasukkan ke dalam modular jack kemudian, tekan alat ini ke bawah blok jack. Hal ini memerlukan sedikit tekanan sehingga, mengeluarkan bunyi snap”.













2 ulasan:

  1. Terima Kasih kerana tidak keberatan untuk berkongsi ilmu....Blog ini amat membantu ^__^!!
    Saya bagi 4 Bintang :P

    BalasPadam