Ahad, 13 Mei 2012

Pengenalan Tentang Kabel Rangkaian

09 Mei 2012

Pengenalan Kabel Rangkaian


Kabel rangkaian adalah satu perantaraan untuk menggabungkan pengguna komputer dengan komputer lain untuk membuat  pehantaran data, membuat rangkaian setempat (LAN) serta rangkaian luar (WAN).  Kabel juga adalah satu peranti yang amat penting kepada pengguna komputer untuk berhubung.  Ia juga mempunyai beberapa jenis kabel serta fungsi pehantaran yang berbeza.

1.   TWISTED-PAIR CABLE

           i.       Kabel Pasangan berlingkar atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di dalam rangkaian komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di dalam kebanyakan jenis rangkaian kabel twisted pair yang popular. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. twisted pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi twisted pair bergantung kepada jumlah bila ngan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel. Twisted pair juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon.Twisted pair digunakan untuk sambungan ethernet, kabel twisted pair yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilih. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah penyambung kepada kabel twisted pair.

          ii.       Dua jenis kabel twisted – pair yang biasa digunakan ialah :-
a)  Unshielded Twisted Pair (UTP)
b)  Shielded twisted pair (STP).

1.1   Unshielded Twisted Pair (UTP)
           i.         Kabel UTP adalah medium yang sering kali digunakan dalam rangkaian computer. Modem Ethernet adalah salah satu peralatan yang digunakan bagi menyalurkan data rangkaian.yang terdiri daripada tembaga yang berpintal.  Kabel ini digunakan dalam pelbagai rangkaian dan mempuyai lapan kabel dan disaluti oleh bahan jaket penebat. Selain itu ianya berpintal mengikut warna yang telah ditetapkan. 


           ii.     Kabel UTP perlu disambugkan dengan menggunakan penyambung yang dinamakan RJ-45. Dan digunakan untuk menyambung komputer ke Local Area Network (LAN).RJ45 ialah singkatan kepada Register Jack.Ada beberapa jenis RJ antaranya RJ11, RJ14, RJ21, RJ25, RJ45, RJ48 dll. RJ memiliki banyak type, tetapi yang sering digunakan adalah RJ11 dan RJ45.

1.2.  Shielded Twisted Pair (STP)

           i.       Shielded Twisted Pair (STP)ialah kabel Twisted Pair yang mempunyai pelindung/shield. STP tidak sesuai digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. STP sering digunakan untuk rangkaian yang menggunakan Token Ring Topology. Keburukkan atau kekurangan penggunaan STP ialah penghantaran data melaluinya boleh terganggu oleh signal dari radio dan elektrical interference.Namun, pemasangan kabel STP juga boleh menggunakan penyambung RJ sama yang menggunakan UTPiaitu penyambungan RJ-45.


           i.       Berikut merupakan cirri kabel STP :-

a)  Kelajuan dan throughput-10 hingga 100 Mbps
b)  Kos untuk memasang adalah sangat tinggi
c)  Maksimum panjang kabel adalah 100 meter

1.2.  Kod Warna Bagi Pemasangan Twisted Cable

           i.       Dalam rangkaian twisted pair cable, iadi capai melalui beberapa ujian menyeluruh sesuai dengan Telecommunications Industry Association (TIA) atau Pertubuhan antarabangsa untuk Standarisasi (ISO) standard.
          ii.       Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alat uji spesifikasi yang memberikan petunjuk “LALUAN” atau“ GAGAL” perhantaran maklumat.  Penyusunan code pemasangan UTP perlulah mengikut standard EIA/ TIA 568A atau EIA/ TIA 568B.


PIN


EIA/ TIA 568 A

EIA/ TIA 568B
1
PUTIH HIJAU
PUTIH OREN
2
HIJAU
OREN
3
PUTIH OREN
PUTIH HIJAU
4
BIRU
BIRU
5
PUTIH BIRU
PUTIH BIRU
6
OREN
HIJAU
7
PUTIH COKLAT
PUTIH COKLAT
8
COKLAT
COKLAT
Rajah 1.3 kod warna mengikut standart TIA

 
           i.       Pemasangan twisted pair cable terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-
a)  Stright cable untuk pemasangan PC kepada Switch/ Hub
Straight  => Device yang berlainan
(hujung 1 : Straight-T568A , hujung 2 : Straight-T568A)
b)  Cross cable untuk pemasangan PC kepada PC ( Peer To Peer )
Crossover  => Device yang sama
(ujung 1 : Straight-T568A , ujung 2 : Crossover-T568B)








2 ulasan: